PN Sudah Ambil RM34 Bilion Dari Petronas, Apakah Regim Ismail Sabri Akan Ambil RM7 Bilion Lagi? - EDISI SIASAT

PN Sudah Ambil RM34 Bilion Dari Petronas, Apakah Regim Ismail Sabri Akan Ambil RM7 Bilion Lagi?

Read Time:49 Second

Presiden serta merangkap Ketua Pegawai Eksekuti Kumpulan Petronas Bhd, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, memaklumkan pihak Petronas telah menerima surat dari pihak kerajaan yang meminta Petronas supaya membayar dividen tambahan sebanyak RM7 bilion kepada Kerajaan Malaysia.

Menurut Tengku Muhammad Taufik, sebaik sahaja Petronas menerima surat dari pihak kerajaan, Petronas telah membuat kajian dan mengikut akta syarikat, Petronas harus mengambilkira keupayaan membayar hutang yang ditanggung, sebelum bersetuju atau menolak permintaan tambahan dividen dari kerajaan.

“Lembaga Pengarah mempunyai tanggungjawab untuk memastikan melaksanakan permintaan tambahan kerajaan  itu tidak akan merisikokan kecairan aset yang dimiliki oleh Petronas.”

“Dalam menimbangkan permintaan dividen tambahan sebanyak RM7 bilion kepada kerajaan, Petronas tidak boleh mengorbankan keupayaan operasi Petronas di masa akan datang.”

“Dalam keadaan yang tidak menentu seperti sekarang ini, Petronas mesti mempunyai simpanan supaya dapat terus berdaya saing,” tambah beliau.

Untuk rekod, Petronas telah membayar dividen sebanyak RM54 bilion kepada kerajaan di era pemerintahan Pakatan Harapan pada tahun 2019 dan sebanyak RM34 bilion kepada Kerajaan Perikatan Nasional sepanjang tahun 2020.

Share

Leave a Reply