PARALIMPIK: Perjuangan Chao Ming berakhir - EDISI SIASAT

PARALIMPIK: Perjuangan Chao Ming berakhir

Read Time:2 Minute, 4 Second

KUALA LUMPUR: Chee Chao Ming menutup saingan ping pong Kumpulan C perseorangan lelaki kelas 9 pada Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo sebentar tadi dengan mencatat kekalahan ketiga.

Dia tewas di tangan pemain Australia yang berada di ranking ketiga dunia, Ma Lin 5-11, 6-11, 7-11 dalam saingan di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Sebelum itu, Chao Ming, 24, tewas di tangan pemain Great Britain, Joshua Stacey 6-11, 8-11, 9, 11 dan Mohamed Kalem (Itali) yang berada di ranking keenam dunia, 6-11, 7-11, 4-11.

“Saya selalu memikirkan yang ianya sangat jauh dan saya dapat berada di sini hari ini (di Sukan Paralimpik). Sejak saya muda, saya sentiasa berharap untuk mewakili negara kesayangan ‘Malaysia’ di pentas Paralimpik.

“Malangnya, prestasi saya tidak begitu berada di tahap sepatutnya lagi. Dalam pada itu, saya menganggap diri saya bertuah kerana walaupun dunia berdepan tempoh pandemik namun saya masih boleh berada di sini di Sukan Paralimpik Tokyo.

“Saya berterima kasih atas sokongan semua. Saya juga memohon maaf kepada negara dan semua kerana prestasi saya tidak begitu baik. Secara keseluruhan, saya menimba banyak pengalaman berharga pada penampilan pertama di Paralimpik.

“Saya percaya, saya boleh melakukan lebih baik di masa depan. Penyertaan Paralimpik Tokyo ini berakhir di sini. Saya berjanji akan melakukan lebih baik,” kata Chao Ming dalam hantarannya pada akaun Instagram miliknya.

Kekalahan itu menyaksikan perjalanan Chao Ming dalam acara berkenaan terhenti apabila berada di tangga tercorot dalam peringkat kumpulan manakala dua teratas mara ke suku akhir.

Melangkah mara ke pusingan suku akhir daripada Kumpulan C adalah Ma Lin dan Stacey.

Untuk rekod, Chao Ming pernah meraih pingat emas ketika bergandingan bersama Ting Ing Hock dalam acara beregu lelaki kategori TT8-9 di Sukan Para Asia Jakarta 2018 selain gangsa dalam kategori individu TT9.

Selain itu, dia pernah menewaskan juara Sukan Para Asia, Zhao Yiqing untuk mara ke pusingan 16 terbaik pada penampilan pertama pada Kejohanan Para Dunia Ping Pong di Slovenia pada tahun sama.


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


Skuad badminton negara harus jinakkan England

Share

Leave a Reply