Mesir buka semula lintasan sempadan Rafah - EDISI SIASAT

Mesir buka semula lintasan sempadan Rafah

Read Time:1 Minute, 29 Second

Mesir buka semula lintasan sempadan Rafah

RAFAH: Mesir hari ini membuka sementara lintasan sempadan Rafah dengan Semenanjung Gaza bagi membenarkan lalu lintas sehala ke Palestin selepas Israel mengurangkan sekatan import ke atas wilayah itu sejak 2007.

Rafah yang juga satu-satunya akses ke Semenanjung Gaza tidak dikawal oleh Israel, ditutup Isnin lalu oleh Mesir dengan tidak memberikan sebarang alasan berhubung tindakan itu.

Bagaimanapun, langkah itu dipercayai diambil selepas penduduk Gaza melakukan tunjuk perasaan dan rusuhan pada Sabtu lalu di sepanjang sempadan dengan Israel.

Insiden itu mengakibatkan kematian seorang rakyat Palestin, manakala puluhan lagi cedera dengan askar Israel dilaporkan mengalami kecederaan serius akibat ditembak.

Mesir yang juga bertindak sebagai orang tengah untuk mencapai gencatan senjata antara Israel dengan Hamas pernah menutup lintasan sempadan Rafah sebelum ini sebagai hukuman terhadap Hamas.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri Hamas mengumumkan laluan masuk sehala di Rafah akan dibuka hari ini, manakala lalu lintas dua hala dibuka pada Ahad.

Menurut wartawan AFP, orang ramai mula melintasi sempadan Rafah selepas tengah hari tadi.

Tunjuk perasaan dan rusuhan terbaharu yang berlaku di sempadan Gaza semalam menyebabkan 20 rakyat Palestin cedera.

Untuk rekod, hari ini genap tiga bulan selepas pertempuran sengit selama 11 hari antara kumpulan Hamas dengan Israel, iaitu perang terburuk yang pernah tercetus membabitkan kedua pihak. – AFP


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


Harris akhiri lawatan Asia dengan ‘amaran’ terhadap China

Share

Leave a Reply