Lelaki ditahan 'suntik' makanan di pasar raya - EDISI SIASAT

Lelaki ditahan ‘suntik’ makanan di pasar raya

Read Time:1 Minute, 21 Second

 

LONDON: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki mencemarkan daging dan produk ketuhar gelombang mikro di pasar raya berdekatan Hammersmith dan Fulham.

Pegawai polis dihubungi sekitar jam 7.40 malam waktu tempatan semalam selepas seorang lelaki melakukan kekacauan dengan menjerit kepada orang awam di jalanan.

Lelaki berkenaan dilaporkan mengunjungi tiga pasar raya di Fulham Palace Road SW6 dan menyuntik produk makanan dengan sejumlah jarum.

Pasar raya yang dikenal pasti termasuk Little Waitrose, Sainsbury’s Local dan Tesco Express.


Artikel Menarik :


Suspek yang kini di bawah tahanan polis dituduh melakukan ancaman awam dengan niat atau menyebabkan kegelisahan terhadap makanan.

Kesemua pasar raya dan lokasi dipercayai berlaku jenayah berkenaan turut ditutup.

Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuang barangan makanan yang dibeli daripada pasar raya berkenaan pada hari itu.

Bagaimanapun, sehingga kini, jumlah barangan makanan yang tercemar masih belum didedahkan dengan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada terdapat peniaga lain di kawasan berkenaan turut terbabit dalam insiden itu.

Pihak Berkuasa Kesihatan Tempatan turut dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan bekerjasama dengan kesemua pasar raya terbabit. – AGENSI


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


Bukan hanya rumah mampu tengok, tapi mampu beli!

 

Share

Leave a Reply