Kabinet Kitar Semula, Pembangkang Persoalkan Kejujuran Ismail Sabri Semasa Dalam Perbincangan - EDISI SIASAT

Kabinet Kitar Semula, Pembangkang Persoalkan Kejujuran Ismail Sabri Semasa Dalam Perbincangan

Read Time:1 Minute, 9 Second

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menyatakan kabinet kitar semula yang dibariskan oleh Perdana Menteri, DS Ismail Sabri, telah menimbulkan keraguan di kalangan masyarakat mengenai kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan negara sekarang ini.

“Kabinet ini telah mengecewakan banyak pihak yang mengharapkan beberapa muka baharu untuk mencari jalan penyelesaian terhadap pandemik Covid-19 dan kemelesetan ekonomi sekarang”.

“Kembalinya kabinet yang dikitar semula daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini akan memberi keraguan terhadap komitmen Perdana Menteri untuk memenangi pertempuran melawan Covid-19 dan krisis ekonomi”.

“Ini juga akan meningkatkan penelitian terhadap adakah Ismail Sabri benar-benar ikhlas mahu melakukan reformasi institusi untuk melindungi hak demokratik dan perlembagaan kita seperti dinyatakan semasa pertemuan bersama 3 pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) dua hari lalu”.

“Kerajaan sekarang perlu menghentikan kegagalan sebelum ini dari segi amalan dua darjat dalam penguatkuasaan, dasar yang berubah-ubah, pusingan U dalan SOP dan kelewatan pelaksanaan, vaksinasi, melaksanakan program ujian yang menyeluruh dan saringan massa”.

“Adalah penting bagi kita untuk tidak melupakan pengajaran lalu agar tidak mengulangi kegagalan Perdana Menteri sebelum ini”.

“Kabinet kitar semula ini menimbulkan keraguan sama ada terdapat penyelesaian baru untuk krisis pandemik Covid-19 dan krisis ekonomi sekarang serta ruang yang cukup bagi reformasi institusi yang progresif,” tambah Lim Guan Eng.

Namun setakat ini belum ada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, mengenai kabinet baharu Ismail Sabri.

Share

Leave a Reply