Penyertaan Adam di GP Britain 'serampang dua mata' - EDISI SIASAT

Penyertaan Adam di GP Britain ‘serampang dua mata’

Read Time:1 Minute, 51 Second

Penyertaan Adam di GP Britain 'serampang dua mata'

KUALA LUMPUR: Penyertaan Adam Norrodin di Grand Prix (GP) Britain minggu ini bakal menjadi ‘medan serampang dua mata’ buat pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin dalam menentukan hala tuju pelumbanya pada musim depan.

Zulfahmi akan menggunakan peluang itu untuk mencari pasukan di Kejuaraan Motosikal Dunia bagi menempatkan anak didiknya, Adam dalam saingan kelas Moto2 atau Syarifuddin Azman (Moto3) ataupun kedua-duanya sekali bagi saingan musim depan.

Perkara itu dijelaskan Zulfahmi dalam satu sidang media secara maya semalam, dengan menyatakan hasrat itu akan dilakukan dengan bantuan Prinsipal Pasukan PETRONAS Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali di Litar Silverstone.

Begitupun, Zulfahmi berkata, sebarang keputusan atau perbincangan lanjut mengenai penyertaan anak buahnya itu turut perlu dinilai berdasarkan bajet yang dikeluarkan pihak pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC).


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


“Untuk Adam dan Damok (Syarifuddin) berlumba pada Kejuaraan Dunia musim depan bergantung kepada bajet daripada penaja kami serta SIC,” kata Zulfahmi.

“Kita mungkin akan bekerjasama dengan pasukan sedia ada di Kejohanan Dunia. Untuk teruskan dengan pasukan sendiri itu…kosnya amat mahal.

“Kekangan kami ketika ini adalah masa yang semakin suntuk. Sekarang sudah bulan lapan (Ogos), jadi nak cuba dapatkan penaja saya rasa kami tidak cukup masa.

“Tak kisahlah sama ada kita berlumba bersama pasukan lain atau pasukan Malaysia, asalkan ada pelumba Malaysia di Kejohanan Dunia, itu yang paling mustahak.

Sebelum ini, laluan untuk pelumba negara ke pentas saingan Kejuaraan Dunia lebih mudah dengan adanya SRT. Namun bermula musim depan, pasukan membuat rombakan dengan ketiadaan penyertaan di kelas Moto2 dan Moto3 dan hanya memberi tumpuan kepada kelas perdana MotoGP.

PETRONAS juga mengumumkan penarikan diri daripada menjadi penaja utama SRT selain SIC turut menyatakan perpisahan dengan pasukan sekali gus menyaksikan pasukan harus bergerak secara persendirian.

Adam diberi peluang menggantikan Jake Dixon di GP Britain dalam kelas Moto2 bersama pasukan PETRONAS Sprinta Racing hujung minggu ini selepas pelumba dari United Kingdom itu bakal membuat penampilan sulung dalam kelas MotoGP bagi menggantikan Franco Morbidelli bersama PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team.

Langkah Sumbang Ismail Sabri

Share

Leave a Reply