Mayat Lelaki Yang Sudah Mati 4 Hari Di Temui Di Kajang - EDISI SIASAT

Mayat Lelaki Yang Sudah Mati 4 Hari Di Temui Di Kajang

Read Time:47 Second

Pengarah Operasi Jabatan Bomba & Penyelamat Kajang, Mohd Jaslizad Jalil memaklumkan mayat seorang lelaki yang sudah mula mereput dan dipercayai telah mati 4 hari lepas ditemui pagi ini.

Menirut beliau, pihak Jabatan Bomba & Penyelamat menerima aduan adanya bau busuk di sekitar kawasan Apartment City Heights, Jalan Sg Chua, Kajang pada jam 9.19 pagi ini.

Berdasarkan aduan yang diterima, pihak Bomba & Penyelamat telah berkejar ke lokasi tersebut bersama Pegawai Kesihatan dari Kementerian Kesihatan dan tiba di lokasi pada jam 9.24 pagi.

Apabila sampai ke lokasi, mereka mendapati, rumah suspek berkunci dari luar dan pihak PDRM terpaksa memecah masuk ke dalam rumah.

Mereka mendapati, mayat seorang lelaki yang dianggarkan berusia 41 tahun dalam keadaan duduk di atas sofa.

Pihak Jabatan Bomba & Penyelamat telah dibantu oleh pihak PDRM untuk membawa keluar mayat tersebut dan dihantar ke hospital bagi tujuan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.

Siasatan lanjut masih lagi dijalankan oleh pihak PDRM.

 

Share

Leave a Reply