Kane sah kekal bersama Tottenham - EDISI SIASAT

Kane sah kekal bersama Tottenham

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kane sah kekal bersama Tottenham

LONDON: Harry Kane mengesahkan dia akan kekal di Tottenham Hotspur pada musim ini sekali gus menamatkan spekulasi masa depannya selepas khidmatnya diintai Manchester City.

Kane sebelum ini meluahkan hasratnya untuk meninggalkan pasukan masa kecilnya itu bagi memburu trofi pertama dalam kariernya.

Namun penyerang berusia 28 tahun itu mendapat sambutan hangat daripada penyokong Spurs apabila dia tampil buat pertama kali sebagai pemain gantian ketika aksi bertemu Wolves, minggu lalu.

“Sangat menakjubkan untuk melihat sambutan daripada penyokong Spurs dan membaca sebahagian mesej yang memberi sokongan kepada saya sejak beberapa minggu ini,” katanya menerusi Twitter.


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


“Saya akan kekal di Tottenham pada musim panas ini dan fokus 100 peratus untuk membantu pasukan meraih kejayaan.”

Kane adalah penjaring kedua terbanyak buat Tottenham dengan 221 gol, ketinggalan 45 gol di belakang pemegang rekod, Jimmy Greaves. Rekod prolifiknya itu bagaimanapun tidak cukup untuk menamatkan penantian selama 13 tahun oleh pasukan itu untuk memenangi trofi.

Kontraknya masih berbaki tiga tahun sekali gus menyebabkan Daniel Levy menuntut yuran perpindahan yang lebih tinggi daripada 100 juta pound (RM576 juta) yang dibayar City untuk mendapatkan Jack Grealish dari Aston Villa.

– AFP

Bapa maut selepas tidak sedarkan diri dalam kereta terbakar

Share

Leave a Reply