PFM kesal iklan Hari Kemerdekaan berbaur perkauman - EDISI SIASAT

PFM kesal iklan Hari Kemerdekaan berbaur perkauman

Read Time:1 Minute, 13 Second

PFM kesal iklan Hari Kemerdekaan berbaur perkauman

Kuala Lumpur: Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) kesal dengan kemunculan iklan sempena Hari Kemerdekaan yang menggunakan perkataan-perkataan sensitif yang berbaur perkauman.

Presidennya, Pansha dalam satu kenyataan berkata, mereka membantah dan memohon Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melakukan siasatan dan mengambil tindakan lanjut. “PFM yang mempunyai keahlian terdiri daripada pelbagai kaum amat tersentuh dengan iklan itu dan amat kesal kerana ia berlaku sempena bulan kemerdekaan.

“PFM membantah iklan yang menyentuh isu perkauman dan memohon pihak KKMM membuat siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, iklan berdurasi 59 saat itu menggunakan beberapa perkataan dan amalan yang tidak patut dilakukan.

“Walaupun ia mempunyai ‘disclaimer’ atau penafian dan hanya memberi contoh lakonan amalan yang tidak patut dilakukan, keseluruhan kandungan iklan lebih menceritakan mengenai perkauman berbanding mengajak penonton supaya tidak mengamalkan perkauman.

“Penyusunan iklan yang kurang tepat membawa pelbagai kefahaman tidak disenangi oleh sesetengah rakyat Malaysia,” katanya.

Video pendek itu mengisahkan mengenai watak seorang lelaki Melayu menggunakan perkataan tidak sepatutnya bagi memberi gambaran terhadap kaum India dan Cina.

Tindakannya itu menjadi ikutan buat anaknya yang masih kecil dan turut menggunakan perkataan-perkataan itu dalam lukisannya.

Bagaimanapun, dari sudut lain, iklan itu dilihat sebagai satu bentuk nasihat kepada rakyat Malaysia supaya sentiasa menjaga sensitiviti demi keharmonian dan perpaduan kaum.


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


Bekalan ubat di Afghanistan hanya cukup untuk seminggu: WHO

 

 

Share

Leave a Reply