Manchester City pilihan Ronaldo - EDISI SIASAT

Manchester City pilihan Ronaldo

Read Time:1 Minute, 4 Second

Manchester City pilihan Ronaldo

TURIN: Cristiano Ronaldo dilaporkan mahu melengkapkan perpindahan ke Manchester City sebelum jendela perpindahan ditutup akhir bulan ini.

Masa depan bintang 36 tahun Portugal itu bersama Juventus menimbulkan tanda tanya apabila dia berada dalam senarai pemain simpanan ketika menentang Udinese hujung minggu lalu.

Kontrak Ronaldo di Turin berbaki setahun lagi dan kelab Itali itu dikatakan bersedia melepaskannya sama ada kepada Manchester City atau Paris Saint-Germain.

Bagaimanapun media Perancis melaporkan, bekas pemain Manchester United itu lebih cenderung untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris, tetapi kali ini menyertai City kendalian Pep Guardiola.

Dalam laporan itu, perpindahan Ronaldo juga dikatakan membabitkan pertukaran untuk rakan sepasukan Portugal Bernardo Silva atau pertahanan Aymeric Laporte.

Perjanjian berkenaan dilaporkan bakal dimeterai hujung minggu ini, walaupun sebelum ini Ronaldo berkeras menafikan spekulasi perpindahannya.

City terdesak mencari penyerang sepanjang musim panas ini dengan kapten England Harry Kane antara sasaran utama Guardiola.

Bagaimanapun penyerang Spurs itu, yang masih berbaki tiga tahun dalam kontraknya sekarang, terlalu mahal buat City. – AGENSI


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami

PFM kesal iklan Hari Kemerdekaan berbaur perkauman

 

Share

Leave a Reply