Harga telur, ayam dan kambing capai paras tertinggi tahun ini - EDISI SIASAT

Harga telur, ayam dan kambing capai paras tertinggi tahun ini

Read Time:1 Minute, 36 Second

a group of people preparing food inside of it: DVS turut memaklumkan harga runcit ayam bulan ini adalah yang paling tinggi sepanjang tahun ini.
Harga telur, ayam dan kambing capai paras tertinggi tahun ini
PETALING JAYA: Harga runcit sebiji telur ayam, sekilogram kambing termasuk ayam, masing-masing merekodkan paras harga paling tinggi sepanjang tahun ini, kata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

Menerusi kenyataan agensi itu, sebiji telur gred A dijual pada harga 44 sen, manakala gred B pula, 41 sen, dan gred C, 39 sen.

Harga berkenaan lebih tinggi berbanding rekod pada Julai lalu, iaitu masing-masing hanya 42 sen, 39 sen dan 36 sen manakala pada Jun lalu masing-masing 40 sen, 36 sen dan 32 sen.

Rekod harga paling rendah bagi telur gred A pada tahun ini dicatatkan pada Mei lalu iaitu 36 sen, gred B pula sebanyak 33 sen dari Mac hingga Mei dan gred C ialah 29 sen pada April.

Sementara itu, pada tahun lalu, harga sebiji telur ayam gred A yang paling murah pernah direkodkan pada minggu kedua Mac iaitu 28 sen, manakala paras paling mahal pada minggu kedua Jun iaitu 41 sen.

Dalam perkembangan sama, DVS turut melaporkan kenaikan harga runcit daging kambing bulan ini iaitu RM49.60 sekilogram, paras tertinggi untuk tahun ini dan telah bertambah lima sen, berbanding pada bulan lalu.

“Paras terendah direkodkan ialah RM44.05 pada Januari lepas, namun pengiraan kali ini juga berbeza daripada tahun lalu berdasarkan harga daripada ladang integrasi dan ladang fidlot,” katanya menurut laporan Kosmo.

Dalam pada itu, DVS turut memaklumkan harga runcit ayam bulan ini juga paling tinggi untuk sepanjang tahun ini yang tidak lagi menggunakan format lama iaitu pedaging dan kacukan, sebaliknya, harganya dibahagikan kepada jenis ayam hidup, kampung, proses standard dan super dengan sekilogram masing-masing RM6.95, RM14.90, RM8.45 dan RM9.60.

Harga telur, ayam dan kambing capai paras tertinggi tahun ini


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


Temasya Paralimpik Tokyo buka tirai

 

Share

Leave a Reply