Dayana lahir bayi pramatang - EDISI SIASAT

Dayana lahir bayi pramatang

Read Time:2 Minute, 7 Second

Dayana lahir bayi pramatang

Dayana lahir bayi pramatang

KUALA LUMPUR: Pelakon Dayana Roza melahirkan bayi pramatang, Astrid Raheeya pada 20 Julai lalu.

Lebih sebulan melahirkan anak sulungnya barulah pelakon drama Ajari Playboy Itu dan Seadanya Aku itu bersedia berkongsi kisah melahirkan bayi pramatang diberi nama Astrid Raheeya yang dilahirkan secara normal pada Aidiladha lalu.

Dayana berkata, dia sepatutnya melahirkan anaknya sulungnya itu, bulan depan.

“Alhamdulillah, saya selamat melahirkan bayi pramatang secara normal. Keadaan saya dan bayi okay.

“Astrid dilahirkan seberat 2.4 kilogram, jam 11 malam di sebuah hospital swasta di ibu kota. Ikutkan, melahirkan bayi tidak cukup bulan sudah jadi perkara biasa dalam kehidupan saya dan keluarga.

“Saya sendiri lahir tidak cukup bulan. Malah, adik pun mengalami situasi sama. Jadi, ia bukanlah sesuatu yang pelik dalam keluarga saya.

“Cuma, saya bersyukur tiada komplikasi berlaku pada bayi,” katanya kepada BH Online.

Menceritakan kejadian sebelum melahirkan anak, Dayana atau nama sebenar, Nur Dayana Kamsun Baharin berkata,

dia begitu rancak menikmati hidangan juadah pagi raya.

“Lucunya, saya menikmati betul-betul juadah pagi raya seperti lemang, rendang dan sebagainya. Sebelah petang sebelum dimasukkan ke hospital selepas mengalami pendarahan, tetapi tidak begitu teruk.

“Malamnya, saya selamat melahirkan anak. Saya bimbang juga sebab bayi dilahirkan tidak cukup bulan, bimbang berlaku apa-apa komplikasi, tetapi semua baik-baik sahaja. Seminggu juga saya bermalam di hospital,” katanya.

Pelakon yang digilap bakat menerusi program realiti, Anak Wayang itu berkongsi, emosinya tidak stabil ketika hamil.

“Ketika berbadan dua, saya agak tertekan. Namun, tak pasti apakah berkaitan dengan situasi semasa COVID-19 atau perkara lain.

“Saya suka fikir bukan-bukan, ketika itu. Saya harap emosi tidak terbawa-bawa selepas melahirkan anak.

“Sekarang saya mahu berehat dan memberi tumpuan sepenuhnya pada bayi. Harap suami tidak cemburu,” selorohnya.

Dayana berkata, dia mula mengamalkan pengambilan minuman susu kambing dan makanan tambahan ketika hamil.

“Hingga kini, saya terus mengamalkan rutin minum susu kambing dan makanan tambahan. Lagipun, saya menyusu badan, jadi perlu banyak tenaga dan khasiat untuk anak,” katanya.

Ditanya mengenai nama anak yang dipilih, ia adalah keputusan bersama suaminya.

“Astrid membawa maksud keindahan dan kekuatan. Raheeya pula diambil daripada nama arwah ibu suami saya.

“Cuma ejaan asal arwah ibu mentua dieja Rahiya. Tetapi, saya ubah ejaan menjadi Raheeya dan membawa maksud setia dan penyayang,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan usahawan, A’dale Adham Ayahudin pada 25 Disember, tahun lalu

Dayana lahir bayi pramatang


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


PFM kesal iklan Hari Kemerdekaan berbaur perkauman

Share

Leave a Reply