Israel serang Gaza lagi - EDISI SIASAT

Israel serang Gaza lagi

Read Time:1 Minute, 16 Second

Bebola api dilihat di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza selepas serangan udara oleh Israel. - Foto AFP
Bebola api dilihat di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza selepas serangan udara oleh Israel. – Foto AFP

BAITULMAQDIS: Israel melancarkan serangan udara terhadap Gaza lagi semalam dan mendakwa melakukannya bagi membalas serangan belon api dari selatan Gaza.

Ketegangan terbaru itu timbul selepas berlaku pertempuran pada hujung minggu lalu, yang mengakibatkan puluhan individu tercedera.

Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan dalam serangan terhadap bandar Gaza, Khan Younes di selatan dan Jabalia di utara.

Bagaimanapun, ia menyebabkan kerosakan harta benda, kata sumber keselamatan Palestin yang enggan dikenali.

Tambah sumber berkenaan, pejuang Hamas memulakan serangan dengan bertindak melepaskan tembakan ke arah pesawat Israel.

Dalam pada itu, tentera Israel menolak untuk memberikan sebarang komen kepada AFP berhubung serangan berkenan.

Dalam satu kenyataan semalam, pasukan bomba berkata pihaknya sedang berusaha mengawal kebakaran di sempadan wilayah Eshkol yang dikatakan berpunca daripada belon api dilancarkan dari Gaza.

Pada Sabtu lalu, berlaku pertembungan ganas antara pihak berkuasa Israel dan penduduk Palestin di kawasan sempadan Gaza.

Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan Palestin yang berkumpul di sempadan Gaza dan melemparkan bahan letupan serta cuba menembusi tembok.

Dalam pertempuran itu, seorang pegawai polis sempadan Israel dan seorang remaja lelaki Palestin berusia 13 tahun mengalami kecederaan parah.

Tragedi berkenaan berlaku tepat tiga bulan sejak Israel dan Hamas mencapai persetujuan bagi gencatan senjata selepas menyaksikan pertempuran berdarah 11 hari antara kedua-dua pihak. – AFP

Setakat ini, serangan Israel mengorbankan 260 penduduk Palestin termasuk pejuang manakala serangan Hamas pula mengorbankan 13 orang di Israel termasuk seorang anggota tentera. – AFP

 

Share

Leave a Reply