21 maut dalam serangan di barat laut Nigeria - EDISI SIASAT

21 maut dalam serangan di barat laut Nigeria

Read Time:1 Minute, 15 Second

Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh, 13 cedera dalam serangan bersenjata di barat laut Nigeria. - Foto ANADOLU
Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh, 13 cedera dalam serangan bersenjata di barat laut Nigeria. – Foto ANADOLU

KANO: Keganasan terbaru di wilayah bergolak di barat laut Nigeria hujung minggu lalu menyebabkan 21 terbunuh manakala 13 lagi cedera dalam dua serangan.

Kawasan barat laut dan tengah Nigeria bergelut dengan keganasan antara pengembala nomad dan petani berhubung akses ke padang rumput dan air.

Selain itu, kumpulan penjenayah serang melancarkan serangan terhadap kampung untuk mencuri lembu dan menculik mangsa bagi tebusan.

Kelmarin, sembilan penduduk terkorban apabila ‘beberapa individu tidak dikenali’ menyerang kampung Ungwan Dooh di negeri Kaduna, kata Suruhanjaya Keselamatan Negeri itu, Samuel Aruwan.

Pertempuran sering berlaku di kawasan itu antara pengembala beragama Islam dan petani Kristian.

“Sembilan mayat dijumpai setakat ini selepas usaha pencarian di kampung, seorang penduduk cedera ditembak dan menerima rawatan di hospital manakala dua rumah terbakar dalam serangan itu.

“Pasukan tentera sedang menyerbu kawasan itu bagi menahan penyerangnya.

,” katanya dalam satu kenyataan.

Sabtu lalu, 12 penduduk terbunuh manakala 12 lagi cedera selepas ratusan anggota kumpulan penjenayah menyerang kampung Duba di negeri jiran Katsina dengan menggunakan motosikal, kata polis.

“Kumpulan penjenayah itu masuk ke kawasan perkampungan dengan sekitar 300 daripadanya membawa mesingan dan Roket Pelancar Grenad (RPG) dan memecah masuk kedai serta merompak,” kata jurucakap polis negeri Katsina, Gambo Isah.

Kumpulan berpangkalan di hutan Rugu di sempadan negari Katsina, Kaduna, Zamfara dan Niger itu turut meningkatkan serangan di sekolah, di mana mereka menculik pelajar untuk mendapatkan tebusan daripada ibu bapa. – AFP.

Share

Leave a Reply