Terlepas Jadi PM, Alif Syukri Akan Bertanding Di DUN Kota Damansara Dalam PRU 15(Video) - EDISI SIASAT

Terlepas Jadi PM, Alif Syukri Akan Bertanding Di DUN Kota Damansara Dalam PRU 15(Video)

Read Time:1 Minute, 6 Second

Jutawan kosmetik, DS Aliff Syukri, sering menimbulkan kontroversi, sama ada dari pertuturan, perbuatan mahu pun kenyataan-kenyataan yang beliau keluarkan.

Terbaharu, Aliff Syukri menarik perhatian ramai bila menyatakan hasrat untuk mengisi kekosongan jawatan Perdana Menteri ke 9, apabila Mahiaddin Md Yasin meletak jawatan.

Tapi, mungkin bukan rezeki Aliff Syukri untuk menjadi Perdana Menteri, apabila Istana Negara sudah mengesahkan DS Ismail Sabri telah dipilih sebagai Perdana Menteri ke 9 berdasarkan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Dalam satu temuramah dengan dailymotion.com, Aliff Syukri merasa kesal dengan kritikan dan sindiran pedas netizen yang memperkecilkan niat beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

Aliff Syukri tidak berputus asa dan berazam untuk membuktikan bahawa apa yang beliau katakan itu akan dikotakan.

Sebagai permulaan, Aliff Syukri akan memulakan karier politik beliau di peringkat Dewan Undangan Negeri dan DUN yang menjadi pilihan beliau adalah DUN Kota Damansara.

Skuad Edisi Siasat tidak mahu memberikan apa-apa komen, cuma ingin bertanya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, YB Shatiri Mansor(PKR), yang sudah memegang kerusi ADUN Kota Damansara sejak dari PRU 13, apakah YB Shatiri sudah bersedia untuk menghadapi saingan dari Aliff Syukri dalam PRU 15 nanti?

Jangan pandang remeh saingan dari Aliff Syukri kerana tuah ayam nampak di kaki, mungkin tuah Aliff Syukri ada di DUN YB…

 

 

Share

Leave a Reply