PDRM Terpaksa Minta Bantuan Interpol Untuk Jejaki Caprice Dan Nadir - EDISI SIASAT

PDRM Terpaksa Minta Bantuan Interpol Untuk Jejaki Caprice Dan Nadir

Read Time:54 Second

Kemelut antara pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew dengan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta GAZA Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap, Caprice terus berpanjangan.

Ekoran dari laporan polis yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew pada 21 Julai 2021 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pihak polis juga telah mengambil tindakan termasuk laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membabitkan kenyataan di media sosial.

Polis juga sudah cuba menghubungi Caprice dan Nadir untuk menetapkan tarikh diambil keterangan secara atas talian.

Namun setakat ini, pihak polis belum menerima sebarang maklumbalas dari pihak Nadir dan Caprice.

Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah memaklumkan keputusan meminta bantuan Interpol telah dilakukan.

“Kita telah memohon bantuan Interpol dan sedang menunggu jawapan dari pihak Interpol bagi sebarang perkembangan terbaharu”.

Skuad Edisi Siasat berharap agar Nadir dan Caprice dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis supaya segala kekusutan dapat dirungkai dengan segera.

Berani kerana benar.

Share

Leave a Reply