Tiada Pendirian Yang Jelas, Apa Sebenarnya Perjuangan Parti PEJUANG? - EDISI SIASAT

Tiada Pendirian Yang Jelas, Apa Sebenarnya Perjuangan Parti PEJUANG?

Read Time:1 Minute, 49 Second

Rundingan terus berjalan antara calon-calon popular yang bakal mengisi kekosongan Perdana Menteri, dan tempuh tamat untuk membuat keputusan ialah pada pukul 4.00 petang ini.

Kebanyakan parti sudah menyatakan pendirian.

Bagi pihak parti komponen Pakatan Harapan, DAP dan AMANAH sudah keluarkan kenyataan akan mencalonkan Presiden PKR, merangkap Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

WARISAN juga sudah menyatakan pendirian untuk menyokong Anwar Ibrahim dan melalui pengiraan terkini, Anwar Ibrahim dikatakan sudah mempunyai 105 sokongan Ahli Parlimen, sekiranya diambil kira 4 orang Ahli Parlimen Pejuang menyokong Anwar Ibrahim.

Beliau memerlukan sekurang-kurangnya lagi 6 sokongan Ahli Parlimen, tetapi sekiranya Ahli Parlimen Pejuang tidak menyokong, maka Anwar Ibrahim memerlukan lagi 10 sokongan Ahli Parlimen untuk memenuhi impian beliau menjadi Perdana Menteri, sekali gus menamatkan badi gelaran PM Tepi.

Dari blok Perikatan Nasional pula, dengan pengumuman yang telah dibuat oleh UMNO selepas mwesyuarat MKT UMNO malam tadi, DS Ismail Sabri mempunyai jumlah sokongan Ahli Parlimen sebanyak 115 orang.

Namun harus diingat, seperti yang Ahli Parlimen Pengerang, DS Azalina Said katakan, undi adalah rahsia.

Apa yang menarik perhatian skuad Edisi Siasat ialah kenyataan terbaru DS Mukhriz Mahathir yang menggambarkan bahawa parti Pejuang masih lagi terbuka untuk menyokong siapa sahaja.

Sama ada calon Anwar Ibrahim atau Ismail Sabri, parti Pejuang seolah-oleh menunggu hingga ke saat akhir untuk membuat keputusan.

Sekiranya dilihat Anwar Ibrahim mempunyai peluang yang lebih baik untuk diangkat sebagai Perdana Menteri, maka Ahli Parlimen Pejuang, termasuk Tun Dr Mahathir akan memberikan sokongan terhadap Anwar Ibrahim, walau pun satu Malaysia sudah tahu, Dr Mahathir pernah membuat kenyataan terbuka bahawa beliau tidak akan membenarkan seorang peliwat untuk menjadi Perdana Menteri.

Begitu juga sebaliknya, sekiranya dilihat Ismail Sabri mempunyai peluang yang lebih baik untuk menjadi Perdana Menteri, maka Pejuang termasuk Dr Mahathir akan menyokong Ismail Sabri, walau pun Dr Mahathir pernah keluarkan kenyataan tidak akan berkerjasama dengan UMNO yang beliau tuduh sebagai parti yang mengamalkan kleptokrasi.

Apakah ini ciri-ciri seorang negarawan?

Sanggup menjilat balik ludah sendiri semata-mata ingin menjadi sebahagian dari kerajaan.

Jelas, parti Pejuang adalah parti politik yang bersifat ‘opportunist’ dan tidak mempunyai pendirian dan perjuangan yang jelas.

Ibarat buih di laut yang akan hanya mengikut aliran ombak, begitulah perjuangan parti Pejuang!!!

Share

Leave a Reply