Si Kitol Sudah Di Kenal Pasti, Sudah Sampai Masanya Muafakat Nasional Bertaut Kembali - EDISI SIASAT

Si Kitol Sudah Di Kenal Pasti, Sudah Sampai Masanya Muafakat Nasional Bertaut Kembali

Read Time:3 Minute, 38 Second

Alhamdulillah, isu untuk menumbangkan kerajaan yang gagal sudah berjaya kita lakukan.

Sekarang, terpulang kepada SPB YDP Agung untuk melakukan langkah seterusnya dan kita sebagai rakyat baginda, akan sentiasa akur dan taat atas apa sahaja keputusan yang yang bakal baginda buat, kerana kita yakin, keputusan yang bakal baginda buat adalah keputusan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Siapa sahaja yang bakal SPB YDP Agung lantik sebagai pengganti mantan Perdana Menteri ke 8, Mahiaddin Md Yasin, kita harap dapat melaksanakan tugas dan amanah dengan baik.

Bagi bangsa Melayu, terutamanya akar umbi UMNO dan ahli PAS, di sebalik kekalutan politik yang berlaku, sebenarnya, terkandung hikmah yang sangat besar dari Allah SWT.

2 parti terbesar bangsa Melayu di tanah air, UMNO da PAS, pernah digeruni oleh seteru politik kita, bila kita berkerjasama dalam Muafakat Nasional.

5 dari 7 pilihanraya kecil kita menang dengan bergaya, walau pun ketika itu kita masih lagi menjadi pembangkang.

Manakala 2 lagi pilihanraya kecil kita menang ketika kita sudah menjadi sebahagian dari kerajaan.

Namun, kemesraan dan kerjasama yang cukup mantap itu dirobek oleh musuh-musuh politik yang kita kenali dari luar dan dibantu oleh musuh yang bersembunyi di dalam parti kita.

Sekiranya mereka cuba merobek ikatan kerjasama antara UMNO dan PAS hanya dari luar, tidak mungkin mereka akan berjaya.

Tetapi, atas sokongan dan dokongan dari Si Kitol yang berada di dalam UMNO dan PAS, akhirnya kekuatan Muafakat Nasional berjaya mereka rungkaikan.

Walau pun amat perit ditelan terutamanya oleh akar umbi UMNO dan ahli PAS, namun itulah hakikat yang telah berlaku, namun seperti yang skuad Edisi Siasat katakan, di sebalik segala musibah ini, ianya mengandungi hikmah yang cukup besar.

Secara jelas dan tuntas, akar umbi UMNO dan ahli PAS telah dapat mengenal pasti si Kitol yang selama ini bersembunyi di sebalik slogan perjuangan demi agama dan bangsa serta penyatuan ummah.

Bertopengkan slogan perjuangan demi agama dan bangsa serta penyatuan ummah, si Kitol berjaya merobek kekuatan Muafakat Nasional demi untuk memuaskan nafsu politik tuan mereka, Raja Mandeliar.

Namun bangsa Melayu adalah bangsa yang dirahmati Allah SWT, bersusur galur dari Nabi Ibrahim as dan isteri baginda, Keturah, menjadikan ugama Islam yang diajar oleh penghulu segala nabi dan rasul, Nabi Muhammad saw, sebagai ugama rasmi bangsa Melayu, serta berlindung di bawah payung 9 orang Raja Raja Melayu.

Kelicikan si Kitol merobek kekuatan Muafakat Nasional, akhirnya di buka hijabnya oleh Allah SWT satu persatu.

Akar umbi UMNO sudah dapat mengenal pasti siapa dan berapa ramai si Kitol di dalam UMNO dan kini mereka ibarat anak ayam yang sudah kehilangan ibunya.

Apa yang perlu kepimpinan tertinggi UMNO lakukan ialah ‘show them no mercy!!!’

Mereka tidak layak untuk berada di dalam bahtera UMNO.

Ketika bahtera UMNO dilanda gelombang dan badai yang besar, mereka mempunyai niat untuk menenggelamkan bahtera dan dengan secara diam menebuk bahtera UMNO.

Penyatuan ummah, untuk menyelamatkan rakyat dan negara hanyalah sekadar retorik politik serta nyanyian yang sumbang iramanya, mereka laungkan, untuk menutup strategi dan niat busuk lagi menjijikkan yang berulat di hati mereka.

Demi kuasa dan kedudukan peribadi, bukan sekadar maruah diri, malah prinsip perjuangan UMNO yang sudah bertapak di hati akar umbi selama lebih dari 7 dekad sanggup mereka lacurkan.

Begitu juga dengan pihak PAS, singkirkan atau sekurang-kurangnya kuarantinkan mereka dari perjuangan parti PAS.

Hayatilah kata-kata Allahyarham Ustaz Fadzil Noor.

Tidak kira apa jawatan mereka di dalam parti, tidak kira apa gelaran mereka di dalam masyarakat, tidak kira bagaimana penampilan mereka di hadapan khalayak, ahli PAS dan kepimpinan PAS mesti ingat, jangan sekali-kali digadaikan perjuangan sebenar PAS, demi untuk memberi oksigen kepada si Kitol yang sudah dapat kita kenal pasti.

Walau semanis mana tuturkata mereka, walau setinggi mana ilmu mereka, ‘enough is enough’.

Sekiranya kita dapat memantapkan kembali kerjasama di dalam Muafakat Nasional, mengikut bacaan politik yang pernah dilakukan dahulu, dengan mudah Muafakat Nasional akan dapat menguasai hampir 2/3 majoriti di Parlimen.

Dengan tersingkirnya si Kitol dari UMNO dan PAS, laluan untuk kita memartabatkan ugama dan bangsa di bumi Malaysia akan menjadi mudah.

Usaha memacu semula ekonomi negara supaya dapat dinikmati oleh semua rakyat dari pelbagai ugama dan bangsa akan dapat direncana dan dijayakan.

In Sya Allah, rahmat Allah SWT akan turun mencurah-curah dari langit, kebangkitan semula ekonomi akan dapat dinikmati bersama dan keharmornian hidup berbilang ugama dan bangsa, kembali akan dapat diterjemahkan dalam kehidupan yang cukup harmonis.

Namun, syarat utamanya dan syarat terpinting adalah satu, singkirkan si Kitol dari UMNO dan PAS.

Share

Leave a Reply