Istana Negara Keluarkan Syarat-Syarat Surat Pencalonan PM 9 - EDISI SIASAT

Istana Negara Keluarkan Syarat-Syarat Surat Pencalonan PM 9

Read Time:1 Minute, 10 Second

Istana Negara telah mengeluarkan arahan kepada Ahli Dewan Rakyat mengenai kriteria yang mesti ada di dalam surat pencalunan Perdana Menteri ke 9 melalui Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Menurut satu pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Azhar, setiap surat pencalunan Perdana Menteri ke 9 yang dikemukakan Ahli Dewan Rakyat mestilah:

  • Identifikasi Yang Berhormat yang secukupnya
  • Identifikasi yang secukupnya seorang sahaja Ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh Yang Berhormat
  • Pernyataan kepercayaan yang terang, jelas dan tanpa syarat
  • Tandatangan Yang Berhormat
  • Tandatangan serta cop rasmi saksi, sama ada seorang Peguambela dan Peguamcara, Pesuruhjaya Sumpah, Notari Awam atau jawatan yang setanding bagi Yang Berhormat yang berada di luar negara; dan
  • Tarikh surat akuan

Ahli Dewan Rakyat juga dikehendaki menyerahkan surat sokongan itu melalui sama ada faks, e-mail atau salinan pdf menerusi WhatsApp kepada Setiausaha Sulit Kanan SPB YDP Agung, Kolonel Datuk Nazim bin Mohd Alim selewat-lewatnya pada hari Rabu, 18 Ogos 2021, sebelum pukul 4.00 petang.

Dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh Azizan, ini bermakna, tiada perjumpuan antara SPB YDP Agung dengan kesemua 220 Ahli Dewan Rakyat secara bersemuka.

Ini adalah kerana kawasan Istana Negara masih lagi berada di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

Siapa sahaja yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri ke 9, diharapkan dapat memimpin rakyat dan negara untuk keluar dari masalah pandemik Covid-19, ekonomi dan seterusnya mengakhiri krisis politik yang sudah berlarutan sebegitu lama.

Share

Leave a Reply