MCA Dan MIC Harus Sedar Kedudukan Mereka Di Dalam Barisan Nasional - EDISI SIASAT

MCA Dan MIC Harus Sedar Kedudukan Mereka Di Dalam Barisan Nasional

Read Time:2 Minute, 27 Second

Kemajuan dan keharmonian antara kaum di Malaysia yang dicapai sejak merdeka adalah kerana formula yang digarap oleh Bapa-Bapa Kemerdekaan dari Perikatan, yang telah dijenama semula oleh Perdana Menteri Malaysia ke 2, Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai Barisan Nasional, dalam pembentukan masyarakat majmuk.

Asas utama formula tersebut ialah sikap toleransi dan semangat setiakawan yang akan sentiasa bersama di saat susah dan senang.

Presiden MIC yang pertama, mendiang Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan, pernah mengungkapkan kata-kata yang masih lagi menjadi ingatan kita hingga ke hari ini:

“Di manakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain bangsa Melayu?”

“Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendtang?”

“Di manakah ada dalam sejarah dunia?”

“Saya bertanya kepada anda?”

“Ini adalah fakta?”

Atas semangat itulah, Barisan Nasional bersama-sama parti komponen utama di dalamnya, UMNO, MCA dan MIC berkerjasama dan memenangi 13 siri pilihanraya umum serta memacu pembangunan negara selama 61 tahun.

Namun, apabila UMNO/Barisan Nasional tumbang pada tahun 2018 dalam Pilihanraya Umum ke 14, segala-galanya sudah mula berubah.

Klimaks kepada perubahan sikap parti komponen Barisan Nasional, terutamanya MCA dan MIC ialah apabila UMNO membuat keputusan untuk menarik balik sokongan kepada Mahiaddin Md Yassin dan Perikatan Nasional, dan ini membawa maksud, kini, UMNO bukan lagi sebahagian dari kerajaan yang memerintah.

Mesej yang tersurat dari ucapan Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MIC, M. Saravanan, ialah mereka telah diberikan mandat oleh rakyat untuk menjadi Ahli Parlimen di atas tiket Barisan Nasional dan mesej yang tersirat ialah, UMNO tidak ada hak untuk mengarahkan mereka untuk menarik balik sokongan ke atas Mahiaddin dan Kerajaan Perikatan Nasional dan seterusnya melepaskan jawatan Menteri Kabinet yang mereka sandang sekarang.

Bagi skuad Edisi Siasat, fakta yang diberikan oleh kedua-dua pemimpin MCA dan MIC itu memang betul, tetapi sangat melucukan.

Arahan untuk menarik balik sokongan yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, adalah HANYA kepada Menteri UMNO dan juga Ahli Parlimen UMNO sahaja.

Ketetapan untuk menarik balik sokongan dari Mahiaddin dan Kerajaan Perikatan Nasional adalah ketetapan perwakilan PAU 2020 dan juga MKT UMNO.

Mana mungkin perwakilan PAU 2020 dan MKT UMNO boleh mengeluarkan arahan kepada Ahli Parlimen dari parti lain.

Kenapa pula Wee Ka Siong dan M. Saravanan yang menggelupur dan kelam kabut ayam?

Kenapa perlu hadir dan berdiri sepentas dengan pengkhianat-pengkhianat UMNO?

Apakah semata-mata kerana kini bergelar menteri dan Presiden UMNO tidak berada di dalam kabinet Mahiaddin maka Wee Ka Siong dan M. Saravanan sudah merasa besar kepala dan mahu memberi tekanan kepada UMNO supaya menarik balik ketetapan PAU 2020 dan keputusan MKT UMNO?

Skuad Edisi Siasat nasihatkan supaya Wee Ka Siong dan M. Saravanan fikirkan baik-baik tentang ‘survivor’ parti mereka.

Tidak perlu disingkap sejarah, fakta dan data berpuluh tahun yang lampau, cukup sekadar melihat fakta dan data pilihanraya terakhir di kawasan masing-masing.

Jangan sampai MCA dan MIC hilang dari landskap politik Malaysia, sedihhh!!!

Share

Leave a Reply