Selepas Mahiaddin Letak Jawatan, Siapa Yang Bakal Menggantikan Beliau? - EDISI SIASAT

Selepas Mahiaddin Letak Jawatan, Siapa Yang Bakal Menggantikan Beliau?

Read Time:4 Minute, 42 Second

Dari sumber yang diterima, In Sya Allah, akhirnya pada hari Isnin, 16 Ogos 2021, Mahiaddin Md Yasin dijangka akan menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada SPB YDP Agung di Istana Negara.

Mesyuarat kabinet terakhir yang dipengerusikan oleh Mahiaddin dengan barisan menteri kabinet, beliau telah memaklumkan hasrat untuk meletak jawatan selepas segala usaha untuk mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional menemui jalan buntu.

Walau pun ada di kalangan menteri yang hadir dalam mesyuarat tersebut tidak bersetuju kerana beranggapan dengan pengunduran Mahiaddin itu akan menyebabkan populariti PPBM dan Perikatan Nasional akan terus merudum dari pentas politik tanah air.

Namun dilapurkan aktiviti untuk mengosongkan pejabat di beberapa kementerian sudah mula dilakukan sejak dari semalam.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/155602/BERITA/Nasional/Pegawai-menteri-mula-kemas-pejabat

Persoalan yang besar sekarang ialah, siapakah yang bakal dilantik oleh SPB YDP Agung sebagai pengganti Mahiaddin.

Hanya SPB YDP Agung mempunyai kuasa prerogatif untuk melantik seorang Ahli Parlimen yang pada hemat baginda mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Ianya dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan.

Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara43-Ma.Html

Namun, dalam keadaan sekarang, apabila tidak ada seorang pun Ahli Parlimen yang mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat maka SPB YDP Agung mempunyai 2 pilihan berdasarkan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.

Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara55-Ma.Html

SPB YDP Agung boleh sama ada membubarkan parlimen untuk memberi laluan kepada pilihanraya umum dalam tempuh 60 hari dari Parlimen dibubarkan atau memprorog(menggantung) parlimen untuk menangguhkan pilihanraya umum ke satu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda atas sebab-sebab yang difikirkan wajar oleh SPB YDP Agung.

Dalam keadaan negara sedang bergelut dengan masalah pandemik Covid-19, tentu membubarkan parlimen bukan pilihan yang akan diambil oleh baginda.

Adalah diyakini, SPB YDP Agung akan memprorog(menggantung) Parlimen sehingga masalah pandemik Covid-19 dapat dikawal, baru baginda akan memberi perkenan supaya Pilihanraya ke 15 diadakan.

Dalam masa Parlimen digantung, SPB YDP Agung, boleh melantik siapa sahaja yang baginda kehendaki sebagai Perdana Menteri Interim bagi membentuk sebuah kerajaan interim dalam membantu baginda menjalankan urusan pentadbiran negara.

Persoalannya siapa yang mungkin akan dilantik oleh SPB YDP Agung sebagai Perdana Menteri Interim?

3 nama yang disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri Interim yang akan dilantik oleh SPB YDP Agung.

Sekiranya berdasarkan kepada pengalaman sebagai ketua pentadbiran negara yang telah berjaya memacu ekonomi negara sehingga digelar sebagai Harimau Asia, maka DS Najib Razak adalah calun yang paling layak.

Selama 9 tahun menerajui pentadbiran negara sebagai Perdana Menteri, DS Najib telah berjaya meletakkan negara di dalam kelas yang tersendiri sehingga disegani oleh dunia antarabangsa.

Dengan kebijaksanaan beliau dalam mengendalikan hubungan diplomasi dengan negara luar, DS Najib telah berjaya membawa masuk beratus bilion ringgit pelaburan luar atau FDI ke dalam negara.

Kelebihan DS Najib kini bukan sahaja atas rekod perkhidmatan beliau yang cemerlang sebagai Perdana Menteri, tetapi juga atas permintaan kebanyakan rakyat.

Ianya terbukti dengan berbagai undian atas talian yang telah dilakukan, di mana, di akhir undian menyaksikan DS Najib jauh meninggalkan calun pesaing yang lain.

Satu-satunya yang mungkin menjadi penghalang ialah DS Najib masih lagi mempunyai beberapa kes mahkamah dari pendakwaan terpilih yang bermotifkan politik yang telah dilakukan ketika regim Pakatan Harapan memerintah, dan ianya diteruskan ketika regim Perikatan Nasional mengambil alih pentadbiran negara dari regim Pakatan Harapan.

Nama kedua yang disebut sebagai calun Perdana Menteri Interim ialah Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li.

Ku Li juga mempunyai rekod yang cukup cemerlang di dalam membangunkan ekonomi negara.

Di era Ku Li menjadi Menteri Kewangan, beliau telah banyak berjasa dengan membangunkan asas ekonomi negara, khususnya untuk Bumiputera, malah beliau juga digelar sebagai arkitek ekonomi negara.

Antara buah tangan Ku Li kepada negara ketika beliau menjadi Menteri Kewangan ialah Petronas, Khazanah Berhad, Felda dan banyak lagi.

Namun faktor yang mungkin menjadi penghalang kepada beliau ialah faktor usia.

Walau pun kebijaksanaan Ku Li menguruskan ekonomi negara memang sudah terbukti, namun atas faktor usia, mungkin kecergasasn beliau akan terbatas.

Dalam keadaan negara berhadapan dengan krisis ekonomi dan pandemik Covid-19, negara memelukan seorang pemimpin yang benar-benar cergas dalam semua aspek.

Calun ketiga yang disebut sebagai Perdana Menteri Interim ialah Anwar Ibrahim.

Pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan di era pentadbiran Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri ke 4.

Namun kewibawaan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri belum lagi terbukti dan bebanan tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Ketua Pembangkang adalah jauh berbeza dari seorang Perdana Menteri.

Ini terbukti ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan selama 22 bulan.

Walau pun ketika menjadi pembangkang, pemimpin Pakatan Harapan dilihat mempu mentadbir negara dengan baik, namun apabila diberi mandat untuk menjadi kerajaan, ternyata mereka gagal.

Anwar juga dilihat mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan pemimpin DAP dan DAP adalah sebuah parti yang kurang digemari oleh institusi Raja Raja Melayu kerana sikap pemimpin mereka yang kerap kali mempertikaikan kedaulatan institusi Raja Raja Melayu.

Dalam keadaan sekarang, negara tidak lagi boleh salah memilih pemimpin.

Negara memerlukan seorang Perdana Menteri yang benar-benar mampu menggalas amanah dan tanggungjawab untuk membawa rakyat dan negara keluar dari pelbagai krisis yang sedang dihadapi.

Pemimpin yang dipilih oleh SPB YDP Agung sebagai Perdana Menteri Interim harus sedar akan beban yang cukup besar menanti di hadapan beliau.

Selain dari itu, beliau juga akan berhadapan dengan harapan rakyat yang cukup tinggi ke atas beliau.

Namun, walau siapa pun yang akan dilantik oleh SPB YDP Agung, kami sebagai rakyat tuanku akan taat dan akur, kerana kami hamba rakyat amat menyedari, pilihan tuanku adalah pilihan yang tuanku fikirkan terbaik untuk rakyat dan negara.

Muga Allah SWT memberikan hidayah kepada tuanku di dalam membuat keputusan.

Daulat Tuanku.

Share

Leave a Reply