Rasuah Politik Sedang Di Lakukan Secara Terang-Terangan, Di Mana SPRM? - EDISI SIASAT

Rasuah Politik Sedang Di Lakukan Secara Terang-Terangan, Di Mana SPRM?

Read Time:3 Minute, 48 Second

Dalam keluaran sebelum ini, kami di Edisi Siasat ada mendedahkan, matlamat utama kenapa kem Mahiaddin gunakan ROS untuk ‘memaksa’ UMNO melakukan pemilihan di setiap peringkat adalah kerana untuk ‘buy time’ supaya boleh mengatur langkah menambah bilangan Ahli Parlimen yang akan menyokong beliau apabila usul undi percaya dilakukan di Parlimen pada September 2021 ini.

Baca di sini:

https://edisisiasat.com/2021/08/08/terpaksa-gunakan-ros-bukti-ismail-sabri-gagal-dan-kem-mahiaddin-makin-panik/

Mahiaddin sedar, walau pun Ismail Sabri mendakwa berjaya mempengaruhi sebahagian dari Ahli Parlimen UMNO, namun tiada jaminan, angka yang disebut oleh Ismail Sabri akan termasuk dalam ‘head count’ yang akan menyokong beliau di Parlimen nanti.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/157851205951/posts/10158051088090952/

Bagi kumpulan ‘think thank’ Mahiaddin, membeli katak politik adalah cara yang paling selamat.

Ini memang sudah kita jangkakan.

Bukan satu perkara yang mengejutkan bila ada pendedahan dari beberapa Ahli Parlimen DAP, mereka telah dihubungi oleh broker kem Mahiaddin dan ditawarkan dengan pelbagai imbuhan, seperti duit dan jawatan menteri.

Mungkin kerana terlalu terdesak, broker Mahiaddin sanggup menawarkan jawatan menteri kepada seorang yang sangat cauvanis seperti Ahli Parlimen Ipoh Barat.

Pasti kita masih ingat, bagaimana Kulasegaran membuat kenyataan dalam ucapan beliau ketika PRK Rantau, bahawa bangsa Melayu bukanlah bangsa pribumi Malaysia, malah adalah bangsa pendatang, dan bangsa India adalah bangsa pribumi sebenar di negara ini!!!

Bukan sahaja Ahli Parlimen DAP, malah menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mendedahkan, Ahli Parlimen PKR juga telah dihubungi oleh broker kem Mahiaddin dan ditawarkan dengan imbuhan yang sama.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/07/usaha-beli-ahli-parlimen-pembangkang-sedang-rancak-kata-saifuddin/

Menurut maklumat yang diterima, tindakan itu telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan 21 Ahli Parlimen UMNO yang dikatakan sudah pasti berada bersama-sama Ismail Sabri untuk menyokong Mahiaddin, kerana sebelum ini, mereka telah ditawarkan dengan imbuhan yang sama.

Tapi sejauh mana kebenaran berita ini, Edisi Siasat tidak dapat pastikan, namun ada asasnya maklumat yang diterima ini adalah benar.

21 Ahli Parlimen UMNO yang telah bersetuju untuk bersama dengan Ismail Sabri terlebih dahulu menyatakan persetujuan mereka dan mereka mengambil risiko berhadapan dengan kemarahan akar umbi UMNO serta menongkah arus dengan ketetapan parti, tiba-tiba, yang ditawarkan jawatan lumayan adalah Ahli Parlimen DAP dan Ahli Parlimen PKR!!!

Tentu kita masih ingat bagaimana kluster menteri UMNO telah menanamkan naratif bahawa kepimpinan tertinggi UMNO sedang merancang untuk membuat jajaran baru politik bersama-sama DAP dan ini bertentangan dengan ketetapan PAU 2020 serta keputusan MKT UMNO yang jelas menyatakan NO PPBM, NO ANWAR dan NO DAP.

Tetapi sekarang sudah terbukti, siapa sebenarnya yang sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat kerjasama dengan DAP dan PKR!!!

Di dalam UMNO pula, kluster menteri pimpinan Ismail Sabri sedang berkeliaran di seluruh pelusuk negara untuk menawarkan imbuhan-imbuhan lumayan kepada semua Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian UMNO supaya memilih mereka sekiranya pemilihan UMNO terpaksa dilakukan.

Kalau kluster menteri UMNO menyangkakan dengan menggunakan ROS untuk ‘memaksa’ UMNO melakukan pemilihan dapat menyalin kulit kepimpinan UMNO di setiap peringkat, kita ucapkan selamat mencuba.

Kepada akar umbi, kepimpinan UMNO di peringkat cawangan dan bahagian di seluruh negara, genggamlah kata-kata Timbalan Presiden UMNO, DS Mohamad Hassan, di dalam ucapa beliau di PAU 2020 yang lepas.

Jangan kita bersekongkol dengan manusia-manusia yang sanggup menjual maruah diri dan perjuangan parti semata-mata untuk memenuhi serakah nafsu politik peribadi.

Mereka ini adalah manusia pengkhianat yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk menikmati kepentingan sendiri yang cuma tinggal beberapa hari.

Kita adalah pejuang parti, UMNO adalah parti keramat bangsa kita, demi anak cucu kita di masa hadapan, jangan sekali-kali kita gadaikan maruah diri dan perjuangan parti kepada kluster pengkhianat.

Mantan Ketua Polis Negara, TS Hamid Bador, pernah mendedahkan tentang kewujudan rasuah politik yang dilakukan secara terang-terangan oleh beberapa pihak tanpa segan silu

 

Pendedahan terbuka sudah dibuat oleh pelbagai pihak, lapuran polis pun sudah dibuat, namun kita tertanya-tanya, apakah pihak SPRM tidak maklum dengan aktiviti rasuah politik yang sedang berlaku sekarang?

Kita faham, tindakan SPRM mestilah tertakluk kepada lapuran yang diterima oleh pihak SPRM, tapi janganlah membisu seribu bahasa, keluarkanlah kenyataan atau amaran kepada pihak broker yang SPRM akan mengambil tindakan tegas.

Kredibiliti dan integriti SPRM mesti dijaga, sekurang-kurangnya dunia tahu, di sebalik kekalutan yang berlaku, masih ada cahaya di hujung terowong sana!!!

 

Share

Leave a Reply