Kes Dah Melepasi Angka 20 Ribu, Mahiaddin Mahu Benarkan Merentas Negeri, Bijak Bijak - EDISI SIASAT

Kes Dah Melepasi Angka 20 Ribu, Mahiaddin Mahu Benarkan Merentas Negeri, Bijak Bijak

Read Time:1 Minute, 19 Second

WOW!!!

Kalau ianya benar, ini satu berita yang betul-betul kita tak boleh nak brain.

Pengesahan di portal Astro Awani gagal dibuat kerana seolah-olah tulisan berkenaan artikel ini sudah dipadam.

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kebenaran-rentas-negeri-kelonggaran-sektor-sosial-diumum-esok-atau-lusa-pm-312445

Namun dalam Channel Youtube Liputan Semasa TV, ada diberikan keterangan mengenai berita ini.

 

 

Kalau berita ini benar, kita tak tahu apa sebenarnya yang Mahiaddin fikirkan.

Kes harian jangkitan baharu Covid-19 sudah mencecah ke angka 20 ribu, tetapi Mahiaddin berjanji akan menarik balik sekatan rentas daerah dan negeri bagi aktiviti sosial.

Sudahlah Menteri Kanan yang dah tak berapa nak kanan buka sektor pembuatan dan kilang seluas-luasnya ketika angka jangkitan Covid-19 mencecah lima angka.

Kini, Perdana Menteri pula nak tarik balik sekatan rentas daerah dan negeri ketika angka jangkitan Covid-19 melepasi angka 20 ribu.

Kalau benar-benar berlaku, apa akan jadi dengan negara kita ini?

Apa agaknya tujuan sebenar Mahiaddin membuat pengumuman yang langsung tak masuk akal ini?

Apakah kerana ingin memujuk kembali hati rakyat Malaysia yang kini majoritinya sudah menolak beliau?

Cukup-cukuplah memikirkan tentang ‘political mileage’.

Jangan diperjudikan nyawa rakyat Malaysia semata-mata kerana mahu mendapatkan semula populariti politik dan menarik kembali sokongan rakyat.

Gunakanlah detik-detik terakhir sebagai Perdana Menteri untuk membuat paling tidak pun sedikit jasa kepada rakyat supaya dapat dikenang di kemudian hari oleh generasi akan datang.

Takkan nak tunggu sampai angka jangkitan harian mencecah 6 angka baru nak fikirkan tentang rakyat.

 

 

Share

Leave a Reply