Zahid Keras Kepala - EDISI SIASAT

Zahid Keras Kepala

Read Time:2 Minute, 23 Second

Selepas mengambil alih kepimpinan UMNO dari DS Najib Razak, bermulalah serangan demi serangan ke atas DS Zahid Hamidi sama ada dari luar, mahu pun dari dalam UMNO sendiri.

Tentu kita masih ingat lagi, DS Zahid pernah dipanggil ke pejabat oleh Dr Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri di awal pemerintahan Pakatan Harapan.

Arahan yang lebih merupakan amaran dari Dr Mahathir kepada DS Zahid dalam perjumpaan itu sangat jelas.

DS Zahid mesti bubarkan UMNO dan membawa semua ahli UMNO ke dalam parti PPBM.

Namun sebagai seorang presiden yang mempunyai prinsip perjuangan dan bertanggungjawab memikul wadah perjuangan UMNO, DS Zahid dengan tegas dan berani untuk menafikan kehendak Dr Mahathir.

Gagal memberikan tekanan kepada DS Zahid dari luar, Dr Mahathir menggunakan proksi beliau yang berada di dalam UMNO sendiri.

Desakan supaya DS Zahid meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dilancarkan.

Proksi Dr Mahathir memulakan aktiviti memujuk Ahli Parlimen UMNO di Semenanjung Malaysia supaya melompat ke PPBM.

Tidak berhenti setakat itu, mereka berjaya membuatkan UMNO Sabah hampir lumpuh apabila berjaya memujuk ADUN dan Ahli Parlimen UMNO di Sabah melompat ke PPBM.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/12/508291/umno-sabah-lumpuh

Menggunakan alasan ini, proksi Dr Mahathir di dalam UMNO mendesak supaya DS Zahid berundur.

Akhirnya, untuk meredakan keadaan dan mengurangkan keresahan akar umbi UMNO yang melihat seolah-olah UMNO sudah hilang hala tuju, DS Zahid mengambil keputusan untuk mengambil cuti dan menyerahkan segala tugas parti kepada Timbalan Presiden UMNO, DSU Mohamad Hasan.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/3006/BERITA/Politik/Zahid-serah-tugas-kepada-Tok-Mat

Bagi DS Zahid, berundur setapak ke belakang, bukan bererti mengalah, tetapi untuk mempersiapkan diri untuk mengatur langkah seterusnya.

Dalam masa yang sama, serangan ke atas DS Zahid diteruskan dari luar UMNO.

Puluhan pertuduhan mahkamah yang tidak masuk akal dikenakan ke atas DS Zahid sebagai tekanan.

Namun kepala DS Zahid tersangat keras untuk ditundukkan.

APabila DS Zahid kembali mengambil kepimpinan UMNO, kerjasama politik antara UMNO dan PAS hampir sampai ke kemuncaknya sehingga wujud Muafakat Nasional.

Apa yang terjadi selepas itu hingga ke hari ini sudah menjadi sejarah.

Namun hakikatnya, musuh UMNO baik yang berada di luar mahu pun di dalam UMNO sendiri masih gagal melembutkan kepala Presiden UMNO yang keras itu.

Malah dengan gerak dan langkah seni politik DS Zahid, musuh UMNO yang bersembunyi di dalam UMNO kini sudah dapat ditelanjangkan.

Dahulu kita tidak tahu siapa sebenarnya mereka, namun kini, 3.2 juta akar umbi UMNO sudah mengenali mereka dengan sejelas-jelasnya.

Jadi, hasil dari sikap keras kepala DS Zahid, UMNO kini sedang rancak melakukan operasi pemutihan supaya dalam PRU 15 nanti, UMNO benar-benar akan dilihat sebagai sebuah parti yang benar-benar jujur dan ikhlas memperjuangkan bangsa Melayu.

Tahniah dan terima kasih Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, kami akar umbi UMNO akan sentiasa teguh bersama dengan Presiden UMNO.

Share

Leave a Reply