'Tengku' Zuraidah Mahu Agung Rujuk Kabinet Sebelum Buat Kenyataan - EDISI SIASAT

‘Tengku’ Zuraidah Mahu Agung Rujuk Kabinet Sebelum Buat Kenyataan

Read Time:3 Minute, 50 Second

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan, Zuraidah Kamaruddin, jelas menunjukkan sikap derhaka beliau terhadap SPB YDP Agung.

Dalam satu bual bicara berbahasa Inggeris, Zuraidah dilapurkan berkata:

“(Malaysia adalah) Raja berpelembagaan, di mana Raja perlu mendapat nasihat kabinet dan perdana menteri tentang apa saja”.

“Saya sedikit kecewa”.

“Apa sahaja yang mereka tidak jelas, mereka seharusnya menghubungi Pejabat Perdana Menteri”.

“(Lebih-lebih lagi) Perdana Menteri (mengadap Agung) sekali seminggu sebelum mesyuarat kabinet”.

Baca di sini:

https://m.malaysiakini.com/news/585675?fbclid=IwAR2kDVf2gFSlOLjovz9NNVYAJClQB4_F41YuxE4_WusRjXgdxaFTLmO0vbA

Sangat jelas, walau pun sudah menjadi Menteri dan Ahli Parlimen, namun Zuraidah masih lagi tidak faham atau tidak tahu mengenai Perlembagaan Malaysia.

Dalam sistem Raja Berpelembagaan Malaysia, tidak semua perkara SPB YDP Agung mesti mendapatkan nasihat dari Perdana Menteri dan jemaah Menteri dalam melaksanakan tugas baginda sebagai SPB YDP Agung.

SPB YDP Agung sebagai Ketua Utama Negara mempunyai kuasa prerogatif dalam melaksanakan tugas baginda sebagai SPB YDP Agung.

Khususnya dalam isu yang Zuraidah maksudkan, iaitu mengisytihar dan membatalkan Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat seperti yang terdapat dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Perkara 150 (1) dengan jelas menyatakan :

“Jika Yang Di Pertuan Agung berpuas hati suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang Di Pertuan Agung boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya sastu perisytiharan yang bermaksud sedemikian”

Ini bermaksud, atas budi bicara SPB YDP Agung, apabila baginda berpuas hati ada keperluan di isytiharkan darurat, maka tanpa nasihat dari Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, baginda boleh melakukannya.

Bagaimana pula dengan perisytiharan membatalkan Proklamasi Darurat dasn Ordinan Darurat?

Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

“Proklamasi Darurat atau apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal 2B hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuatkuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa Proklamasi atau ordinan itu tanpa menjejaskan kuasa Yang Di Pertuan Agung untuk mengeluarkan satu Proklamasi baru di bawah Fasal (1) atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal 2(B)”.

Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara150-Ma.Html

Ini bermaksud, sekiranya Parlimen bersidang ketika hendak membatalkan Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan darurat, Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan Darurat mestilah dibentang, dibahas dan undi di Parlimen untuk menentukan sama ada kedua-dua Majlis Parlimen bersetuju atau tidak untuk membatalkannya.

Namun, sekiranya sebelum ianya dibentangkan di kedua-dua Majlis atau sekiranya Parlimen tidak bersidang, kuasa siapakah yang boleh membatalkannya?

Memang kita akui, tidak dinyatakan dengan jelas mengenai kuasa untuk membatalkan Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan darurat, namun pakar perlembagaan, Prof Dr Shamrahayu Ab Aziz, menyatakan, sekiranya Proklamasi Darurat atau apa-apa ordinan darurat hendak dibatalkan di luar dewan, maka ianya MESTI mendapat perkenan dari SPB YDP Agung.

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ordinan-darurat-boleh-dibatal-melalui-dua-cara-di-luar-dan-dalam-dewan-rakyat-prof-shamrahayu-311214

Sependapat dengan Prof Dr Shamrahayu, Pengarah Institut Tamadun Dan Kajian Strategik (ITKAS), Universiti Malaysia Pahang, Prof Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain pula berkata:

“Jemaah Menteri tiada kuasa membatalkan darurat kerana penggubalannya kuasa prerogatif SPB YDP Agung”.

“SPB YDP Agung juga mempunyai kuasa prerogatif untuk membatalkannya selepas dibentangkan di kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara”.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/843681/kabinet-tiada-kuasa-batalkan-ordinan-darurat

Jelas di sini, sama ada di dalam atau di luar Parlimen, kuasa membatalkan adalah secara mutlak terletak kepada SPB YDP Agung.

Sekiranya di luar waktu Parlimen bersidang, SPB YDP Agung mempunyai pilihan sama ada untuk memperkenan atau tidak Proklamasi Darurat dan mana-mana ordinan darurat selepas dipersembahkan kepada baginda oleh Perdana Menteri.

 

 

Benar, Mahiaddin sudah mempersembahkan permohonan pembatalan ordinan darurat kepada SPB YDP Agung pada 21 Julai 2021, tetapi baginda belum memperkenankannya kerana pada 24 Julai 2021, baginda sudah menitahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang & Hal Ehwal Parlimen), Takiyudin Hasan serta Peguam Negara, Idrus Harun, supaya ordinan itu dibahaskan terlebih dahulu di Parlimen, tetapi tidak dilaksanakan.

Jadi untuk peringatan Zahidah, sudah dipersembahkan kepada SPB YDP Agung TIDAK boleh dianggap sebagai sudah mendapat perkenan baginda dan sama ada baginda perkenan atau tidak, adalah TIDAK tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Sebenarnya apa yang dikatakan Zuraidah itu adalah jelas satu perbuatan derhaka kerana memperkecilkan kuasa prorogatif SPB YDP Agung.

Kita menuntut supaya Zuraidah memohon maaf secara terbuka kerana sehiris luka di hati baginda, satu Malaysia terasa bisanya.

Share

Leave a Reply