ASEAN-China perlu mulakan kerjasama era baru - EDISI SIASAT

ASEAN-China perlu mulakan kerjasama era baru

Read Time:1 Minute, 12 Second

ASEAN-China perlu mulakan kerjasama era baru

BEIJING: ASEAN dan China perlu mulakan kerjasama era baru yang membawa manfaat bersama sempena persahabatan 30 tahun kedua-dua pihak.

Menteri Luar China, Wang Yi, membuat gesaan itu dalam ucapan selepas menghadiri mesyuarat menteri luar China-ASEAN yang berlangsung secara dalam talian.

“ASEAN mendapat kelebihan dalam diplomasi kejiranan dengan China, malah banyak kemajuan baharu lagi penting dicapai menerusi persahabatan antara kedua-dua pihak.

“China turut menganggap ASEAN sebagai rakan utama dalam usaha melawan COVID-10, dengan menyediakan lebih 190 juta dos vaksin bagi 10 negara ASEAN setakat ini, termasuklah menyediakan bantuan anti COVID-19 lain,” katanya.

Mengenai kerjasama pelaburan dan perdagangan pula, Wang memaklumkan dalam separuh tahun ini, perdagangan dua hala sudah melebihi AS$410 bilion (RM1.7 trilion) dan meningkat 38.2 peratus dari tahun ke tahun.

ASEAN juga rakan dagang terbesar China dengan pelaburan kumulatif mereka melebih AS$310 bilion (RM1.3 trilion).

Wang turut menegaskan, dalam kerjasama anti pandemik, China akan berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi keperluan ASEAN bagi mendapatkan vaksin dan bantuan lain.

Malah, katanya, China juga akan bekerjasama dengan ASEAN dalam usaha menentang kerosakan akibat ‘virus politik’ serta memastikan perkembangan kerjasama dua hala berjalan lancar.

Beliau turut menyentuh mengenai Laut China Selatan dan memberi komitmen akan mematuhi Deklarasi Tata Laku di Laut China Selatan (DOC) selain menekankan penyelesaian perselisihan secara aman menerusi rundingan.

Wang juga meminta semua negara anggota ASEAN menolak campur tangan negara luar dalam rundingan dan proses damai berkaitan Laut China Selatan. – AGENSI

 

Share

Leave a Reply